Panggilan telefon selular pertama dilakukan pada 3 April 1973 di bandaraya New York. Hampir lima dekad telah berlalu dan penggunaan telefon selular kini sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan manusia di dunia. Sempena menyambut ulang tahun ke-45 panggilan selular pertama dilakukan, ini ialah sepuluh fakta menarik yang perlu anda tahu.
1.Bapa Telefon Selular Ialah Martin Cooper
Martin Cooper ialah bapa kepada telefon selular pertama di dunia. Pada tahun 1972 beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi di Motorola. Pada waktu tersebut pesaing mereka AT&T sedang membangunkan teknologi telefon selular untuk digunakan di dalam kereta. Cooper merasakan idea AT&T ini akan menjadi lebih baik sekiranya sebuah telefon mudah alih sebenar yang boleh dibawa berjalan-jalan dihasilkan.
Pada bulan November 1972 pembangunan telefon selular mudah alih pertama dimulakan. Dalam masa hanya 90 hari, prototaip telefon pertama Motorola DynaTAC (DYNamic Adaptive Total Area Coverage) berjaya dihasilkan.
2.Idea Telefon Selular Diilhamkan Oleh Komik
Telefon selular mudah alih pertama ini tidak akan wujud sekiranya Cooper tidak menerima ilham dari komik popular Dick Tracy. Komik klasik ini mengikuti pengembaraan Dick Tracy, seorang detektif polis yang membanteras jenayah. Antara alatan yang digunakan beliau untuk menentang kejahatan ialah radio mini yang dipakai pada pergelangan tangan yang turut dilengkapi skrin TV untuk perhubungan dua hala.
3. Nama Gelaran DynaTAC Ialah The Brick

Eric Risberg/AP
Tidak seperti telefon Dick Tracy yang kecil molek, Motorola DynaTAC menerima gelaran The Brick kerana saiznya yang besar. Ia setinggi 10 inci tetapi mempunyai berat yang mencecah 1.1 KG. Ini adalah bersamaan dengan hampir tujuh kali ganda berat sebuah iPhone X. Sungguhpun bersaiz besar, telefon ini hanya mampu melakukan panggilan telefon selama 20 minit dengan sekali caj. Untuk mengecas semula bateri sehingga penuh, pemilik perlu menanti selama 10 jam.
4. Ia Mempunyai Rekaan Yang Sangat Minimalis
Rekaan telefon mudah alih ini amat berbeza dengan rekaan peranti semasa. Sepuluh butang nombor satu hingga sifar disusun di dalam konfigurasi dua baris dan lima lajur. Terdapat dua butang untuk memulakan dan menamatkan panggilan. Sebuah suis asas terletak berhampiran gagang mulut untuk mematikan peranti. Dua lampu LED menunjukkan status peranti. Ia tidak mempunyai sebarang sistem paparan skrin.
5. Panggilan Pertama Dilakukan Di Sebagai Gimik
Sebagai gimik, Cooper melakukan panggilan telefon selular mudah alih pertama ketika sedang ditemuramah oleh wartawan di kaki lima New York. Ini adalah bagi menujukan bagaimana teknologi ciptaan beliau boleh mengubah dunia. Cooper menelefon pesaing utama beliau Dr. Joel S. Engel yang bertugas di AT&T. Apabila telefon diangkat beliau berkata “Joel, this is Marty. I’m calling you from a cell phone, a real handheld portable cell phone”. Sehingga hari ini Dr Engel mengatakan beliau tidak mengingati menerima panggilan telefon selular pertama dari Martin Cooper.
6. Satu Dekad Berlalu Sebelum Telefon Selular Pertama Dijual
Teknologi ini diperlihatkan kepada dunia pada tahun 1973 tetapi telefon selular pertama Motorola DynaTAC 8000X hanya dijual pada tahun 1983. Empat iterasi DynaTAC dihasikan sebelum Dynatac 8000X mula dijual. Berat produk akhir ini hanya separuh berbanding prototaip asal dari tahun 1973. Ia mampu melakukan panggilan telefon selama 30 minit dan mempunyai tahap siap sedia selama enam jam sahaja. Memori dalaman peranti mempunyai had storan 30 nombor telefon yang dipaparkan pada skrin LED.
Rekaan telefon ini lebuh menyerupai rekaan telefon semasa. Dua belas butang digunakan pada pendail. Sepuluh butang untuk nombor dan dua butang lagi untuk butang hash serta bintang. Terdapat sembilan lagi butang untuk beberapa fungsi tambahan telefon.
7. Harga Jualannya Adalah Terlampau Mahal.

American Psycho/Lions Gate Film
Kerana ia adalah telefon mudah pertama dengan teknologi yang tercanggih pada waktu tersebut, Motorola DynaTAC 8000X hanya mampu dimiliki sebilangan kecil pengguna. Ia dijual pada harga $3995 sebuah dan bersamaan dengan $9800 (~RM 38,000) sebuah mengikut nilai mata wang semasa. Oleh sebab harganya yang tinggi ini ia popular di kalangan ahli perniagaan dan selebriti popular. Motorola DynaTAC 8000X ialah lambang status kemewahan berdekad lebih awal daripada iPhone X.
Teknologi selular kini menghampiri dekad ke-lima kewujudannya. Dalam masa beberapa tahun lagi rangkai 5G akan menjadi tulang belakang kepada peranti berhubung dan peralatan pintar seluruh dunia. Siapa sangka sebuah peranti yang dihasilkan dalam masa hanya 90 hari boleh membawakan perubahan yang besar dalam kehidupan manusia moden
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "7 Fakta Menarik Sempena Ulang Tahun Ke-45 Panggilan Selular Pertama Dunia"