Asus Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara yang dijadualkan mereka minggu depan, yang mana bakal menyaksikan pelancaran telefon pintar memfokuskan sokongan kamera daripada Asus, iaitu Zenfone Zoom.
Asus Zenfone Zoom telah diperkenalkan pada CES 2015 tahun lepas, namun pihak Asus baru sahaja mula memasarkannya. Salah satu fokus utama pada peranti ini adalah kamera belakang 13-megapixelnya, yang mana menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 3 kali. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri menarik lain, termasuk sokongan dwi-LED Flash, kebolehan autofokus berasaskan laser, dan juga sokongan penstabilan imej optikal.
Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dan dijana menggunakan cip Intel Atom. Ia turut menggunakan memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan mencapai sehingga 64GB atau 128GB. Ia tidak diketahui lagi model khusus apakah yang Asus bakal lancarkan kepada pengguna di pasaran Malaysia.
Seperti biasa, Asus Malaysia dijangka membuat pengumuman berkaitan harga dan tarikh jualan pada minggu hadapan, 13 Januari 2016 ketika pelancaran rasminya di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone Zoom Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan – 13 Januari 2016"