Fungsi merakam video pada telefon pintar kini semakin maju sehingga mampu merakam video pada resolusi 4K. Malahan telah terdapat beberapa filem dan dokumentari dihasilkan hanya menggunakan kamera telefon pintar. Apa yang kami sedari ialah pada tetapan 4K,sistem OIS kamera dinyahaktifkan. Oleh itu sistem penstabilan peranti diperlukan bagi memastikan kelancaran video yang dirakam.
Xiaomi baru sahaja melancarkan sistem steadycam untuk peranti pintar mereka. Ia bermotor dan memastikan kestabilan peranti pada tiga paksi. Ia menyokong empat mod iaitu rakaman menegak, mendatar, memfokus setempat dan pergerakan bebas. Ia dijual pada harga RMB 799 (~RM 510) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Melancarkan Steadycam Untuk Peranti Pintar"