Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Hadir Dengan Tetikus Yang Mengintegrasikan Cap Jari

Xiaomi mempunyai sejumlah peranti pintar dibawah ekosistem mereka, dan terkini ia dilihat Xiaomi sedang mengumpulkan pendapat dan sokongan untuk hadir dengan sebuah tetikus yang mengintegrasikan pengimbas cap jari.

Xiaomi Tetikus

Tetikus ini akan dilancarkan dibawah platform MIJIA, dimana melalui integrasi pengimbas cap jari. Ini juga bermakna tetikus ini tidak dikeluarkan secara rasminya oleh Xiaomi, tetapi menggunakan platform Xiaomi untuk pemasaran serta melalui tahap piawaian yang ditetapkan oleh Xiaomi.

Xiaomi Tetikus

Tetikus ini boleh digunakan untuk tujuan sekuriti tambahan, serta hadir dengan pensijilan sekuriti daripada Microsoft. Kami masih kurang pasti sama ada ia boleh digunakan untuk tujuan Windows Hello ataupun sebaliknya.

Melengkapkan tetikus ini juga adalah sensor 1600dpi untuk memudahkan anda menatal pada pelbagai permukaan yang berbeza.

Tetikus ini disenaraikan pada harga 199 Yuan, dan sedang mengumpulkan dana sebelum ia dilancarkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Tetikus Yang Mengintegrasikan Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info