Hari ini, Vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang memfokuskan selfie, iaitu Vivo V9. Vivo V9 hadir menggunakan rekaan skrin bertakuk dihadapan, dan turut dilengkapi dwi-kamera dibelakang.
Telefon pintar ini hadir menggunakan skrin LCD 6.3-inci dengan paparan resolusi 2280×1080 pixel. Disamping itu, ia dijana menggunakan cip Snapdragon 626, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.
Pada bahagian kamera, ia menggunakan dwi-kamera belakang mengabungkan sensor 16-megapixel dan 5-megapixel, sementara untuk kamera hadapan, ia dilengkapi kamera 24-megapixel. Vivo turut menyertakan sejumlah ciri menarik pada bahagian rakaman selfie, termasuk menjadi fokus utama adalah ciri dinamakan AI Face Beauty yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menjadikan hasil rakaman wajah anda lebih cantik.
Telefon pintar Vivo V9 ini hadir dengan bateri 3260mAh, dilengkapi bicu audio, dan juga ruangan mikro-SD. Ia menggunakan Android 8.1 Oreo bersama-sama antaramuka khusus Vivo yang dinamakan Funtouch.
Vivo akan melancarkan telefon pintar ini secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, dimana kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan sebagainya ketika itu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo V9 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Skrin Bertakuk, Kamera Selfie 24-Megapixel"