Memaparkan skrin telefon kepada skrin kedua semakin mudah. Jika dulu pengguna memerlukan penyesuai, kini pengguna boleh menggunakan dermaga seperti yang terdapat pada Samsung ataupun menggunakan Google Chromecast.
Fungsi casting ini sudah terbina pada semua telefon Android semasa tetapi apabila menggunakan mod ini, skrin telefon tidak dimatikan. Hasilnya ialah caj bateri peranti akan digunakan dengan pantas.
Di dalam barisan kod Android yang terkini, terdapat kod yang ditulis oleh jurutera Sony yang membolehkan peranti menggunakan cast dengan skrin telefon dimatikan. Barisan kod ini dijumpai oleh ahli XDA dan ianya telah dipisahkan daripada barisan kod Android sedia ada. Ini berkemungkinan fungsi ini masih lagi dalam ujian ataupun tidak stabil.
Fungsi ini mungkin akan hadir dalam versi Android akan datang. Jika fungsi ini disokong oleh Android kelak, ia akan menjimatkan bateri dan juga mengurangkan isu telefon panas apabila menggunakan mod casting.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Versi Android Akan Datang Mungkin Mematikan Skrin Ketika Menggunakan Fungsi Casting"