Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memulakan Ujian Tema Gelap Untuk YouTube Pada iOS

Google kini nampaknya telah menguji penggunaan rekaan tema gelap untuk pengguna aplikasi YouTube di iOS. Ujian ini hanya melibatkan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini, tetapi secara tidak langsung ia seperti memberikan petanda yang mana sokongan tema gelap pada aplikasi mudah-alih mereka akan hadir tidak lama lagi.

YouTube Dark

Melalui sokongan tema gelap, atau apa yang dipanggil “Dark Theme”, ia memberikan lebih keselesaan ketika menggunakannya pada persekitaran malap. Pada masa yang sama, terdapat sejumlah pengguna yang lebih mengemari penggunaan aplikasi dalam pilihan warna gelap berbanding cerah.

Buat masa ini, YouTube sedia menawarkan paparan tema gelap melalui web mereka, dan mungkin akan turut menguji sokongan lebih kurang sama pada aplikasi Android tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Memulakan Ujian Tema Gelap Untuk YouTube Pada iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info