Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Pintar OnePlus One Meletup Ketika Dicas

OnePlus One adalah telefon pintar pertama daripada OnePlus. Sewaktu dilancarkan pada 2014 iaitu 4 tahun yang lepas, OnePlus One adalah pembunuh kepada semua peranti kelas utama. Ia dijana dengan pemproses SD801, 3GB RAM, 16GB/64GB storan dalaman dan ditawarkan pada harga hampir separuh lebih murah berbanding peranti kelas utama lain pada waktu itu.

Pagi tadi, sebuah peranti OnePlus One ditemui meletup apabila pengguna mengecas peranti itu melebihi 5 jam. Menurut En. Arif iaitu pengguna OnePlus One tersebut, beliau tidak pernah menukar bateri sejak peranti itu dibeli. Ini agak hebat peranti yang berumur 4 tahun masih lagi bertahan tanpa sebarang penukaran terhadap perkakas peranti tersebut.

Kebiasaannya, jangka hayat peranti Android adalah lebih kurang 2-3 tahun sahaja dan selepas itu pengeluar akan menghentikan kemaskini dan juga sebarang sokongan rasmi. Berbeza dengan OnePlus One, walaupun sudah berumur 4 tahun custom ROM masih lagi dibangunkan sehingga versi Android Oreo di forum XDA dan masih ramai juruteknik di luar sana mampu membaiki dan menyediakan alat ganti peranti ini.

Walaupun peranti-peranti moden sudah mempunyai lapisan perlindungan daripada dicaj melebihi arus, pengguna harus berjaga-jaga sewaktu menggunakannya. Berikut adalah beberapa nasihat daripada kami cara menjaga peranti anda:

  1. Gunakan pengecas asli ataupun pengecas yang mengikut piawaian keselamatan industri.
  2. Jangan bermain dengan peranti anda sambil dicaj (boleh, tetapi jangan biasakan).
  3. Jangan kerap mengecas peranti anda, caj hanya ketika bateri peranti lemah.
  4. Tukar bateri peranti jika ianya sudah tamat tempoh (kebiasaannya 2 tahun).
  5. Gunakan mod jimat bateri ketika bateri peranti lemah.

Oleh itu, jadilah seorang pengguna yang bijak dan berhati-hati ketika menggunakan peranti-peranti sudah berusia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar OnePlus One Meletup Ketika Dicas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info