Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Dilaporkan Akan Melancarkan Hanya Satu Peranti Utama Tahun Ini

Sejak tiga tahun kebelakangan ini jualan peranti HTC turun mendadak kerana cabaran dari pengeluar dari China. Oleh sebab itu ia menyebabkan presiden bahagian peranti pintar HTC untuk meletakkan jawatan beberapa bulan yang lalu. Pada tahun 2017, dua peranti utama dilancarkan iaitu HTC U11 dan U11+. Menurut laporan HTCSource, tahun ini mereka akan hanya melancarkan HTC U12+.

Portal tersebut memetik sumber dalaman HTC. Oleh itu HTC 12 mungkin tidak dilancarkan dan sebaliknya hanya model dengan skrin memanjang HTC U12+ akan memasuki pasaran. Pada waktu yang sama terdapat perancangan melancarkan satu model peranti kelas pertengahan iaitu HTC U12 Life. Peranti model U Play dan U Ultra pula akan dihentikan pengeluarannya tahun ini. Ini semua dipercayai adalah langkah penyelarasan produk dan mengoptimasikan kos promosi peranti yang akan dilancarkan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Dilaporkan Akan Melancarkan Hanya Satu Peranti Utama Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info