Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Stretch Armstrong: The Breakout! Ialah Sebuah Lagi Episod Siri Animasi Interaktif Di Netflix

Pada Jun tahun lalu siri animasi Puss In Book : Trapped In An Epic Tale ditawarkan di Netflix. Ianya unik kerana membolehkan penonton memilih jalan cerita dengan beberapa pilihan interaktif diberikan. Bermula 13 Mac hadapan, sebuah lagi siri animasi interaktif akan ditawarkan di Netflix.

Episod Stretch Armstrong: The Breakout! ialah episod interaktif khas untuk siri animasi Stretch Armstrong and the Flex Fighters. Ini ialah watak kartun yang pernah popular suatu ketika dahulu tetapi kini diberikan nafas baru.

Kepada ibu bapa yang risau anak mereka menjadi pasif ketika menonton kartun, siri interaktif seperti ini akan membuatkan mereka lebih aktif. Episod Stretch Armstong ini ialah yang terakhir dijanjikan oleh Netflix. Selain Puss in Book : Trapped in An Epic Tale, episod Buddy Thunderstrike : The Maybe Pile juga boleh ditonton secara interaktif.

Mungkin di masa hadapan Netflix boleh cuba mendapatkan lesen untuk siri Dora The Explorer kerana ia amat sesuai untuk dijadikan siri interaktif.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Stretch Armstrong: The Breakout! Ialah Sebuah Lagi Episod Siri Animasi Interaktif Di Netflix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info