Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy A8 Enterprise Edition Dilancarkan Di Jerman

Ramai yang menggaru kepala apabila tidak ada peranti Samsung di dalam senarai Android Enterprise Recommended yang dikeluarkan oleh Google. Adakah ini bermakna tidak ada peranti Samsung sesuai digunakan oleh pengguna perusahaan? Ini tidak benar, sebaliknya Samsung mempunyai program pengguna perusahaan mereka sendiri dengan penawaran Enterprise Edition.

Di Jerman Samsung Galaxy S9 Enterprise Edition dan Galaxy A8 Enterprise Edition telah dilancarkan. Samsung Knox Configure membolehkan pentadbir IT di syarikat untuk melakukan konfigurasi peranti dan mengawal kesemuanya dari jarak jauh.

Samsung Galaxy S9 Enterprise Edition akan menerima kemaskini bulanan selama tiga tahun dengan kemaskini setiap tiga bulan pada tahun ke-empat. Galaxy A8 Enterprise Edition pula menerima kemaskini bulanan selama tiga tahun. Harga jualan ialah €849 (~RM 4110) untuk Galaxy S9 Enterprise Edition dan €499 (~RM 2415) untuk The Galaxy A8 Enterprise Edition.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy A8 Enterprise Edition Dilancarkan Di Jerman"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info