Sembang Maniac

Sembang-sembang je

RED Dan Sharp Bekerjasama Untuk Pembangunan Teknologi Panel 8K

RED merupakan salah satu syarikat yang popular dengan penawaran kamera dengan rakaman kualiti sinema. Terkini, selain pembangunan kamera pada harga lebih rendah dan telefon pintar tersendiri, RED juga turut dalam proses bekerjasama dengan Sharp untuk pembangunan teknologi panel 8K yang baru.

Seperti ramai sedia maklum, 8K sedia memfokuskan kepada jualan kamera dengan kebolehan rakaman 8K – jadi ia membuatkan mereka adalah salah satu rakan kerjasama yang sesuai dalam merealisasikan teknologi panel 8K ini.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian dan prototaip. Hal ini didedahkan oleh salah seorang juruvideo sinema, Phil Holland. Menurut beliau, melalui prototaip yang diuji, ia memaparkan imej yang lebih tajam berbanding model televisyen Sharp 4K. Model yang sedang diuji beliau adalah bersaiz 70-inci dan menawarkan paparan resolusi 8K.

Buat masa ini, kandungan dalam resolusi 4K sendiri masih dalam kuantiti yang terhad – apatah lagi kandungan dalam resolusi 8K. Namun, menjelang 2020, kandungan 8K dijangka meningkat sedikit – apatah lagi dengan Tokyo yang menyasarkan untuk menyiarkan siaran sukan Olimpik menggunakan resolusi 8K.

Pihak RED dan Sharp dijangka berkongsi lanjut mengenai kerjasama ini secara rasminya dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "RED Dan Sharp Bekerjasama Untuk Pembangunan Teknologi Panel 8K"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info