Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Penstriman Muzik, Yonder Music Dihentikan Untuk Sementara

Yonder Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang ditawarkan untuk para pelanggan tempatan – terutamanya lebih memfokuskan kepada pelanggan Celcom, kerana Celcom mempunyai pelaburan didalam Yonder Music.

Setelah menawarkan perkhidmatan penstriman muzik untuk pengguna tempatan dan beberapa negara lain, kini Yonder Music mengumumkan yang mana mereka menghentikan dan menggantung perkhidmatan mereka bermula daripada 23 Mac 2018 ini.

Yonder Music

Ia tidak diketahui sama ada perkhidmatan penstriman muzik ini akan kembali atau sebaliknya. Daripada pengamatan kami, web rasmi Yonder Music masih aktif, tetapi halaman Yonder Music di web Celcom telah dibuang – begitu juga aplikasi Yonder Music di Google Play Store dan Apple App Store.

Mungkin bagi pengguna yang masih ingin menikmati perkhidmatan penstriman muzik, boleh mencuba beberapa perkhidmatan alternatif lain, termasuk Spotify dan juga Apple Music.

Terima kasih Nizar untuk tips.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Penstriman Muzik, Yonder Music Dihentikan Untuk Sementara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info