Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Papan Kekunci Mekanikal Logitech G513 Dilancarkan Dilengkapi Lampu LED Untuk Pencahayaan Segerak

Papan kekunci mekanikal adalah jauh lebih tahan lasak berbanding papan kekunci membran. Bagi golongan gamer pembelian papan kekunci mekanikal memastikan tiada masalah kekunci melekat ketika sedang sengit berperang. Papan kekunci Logitech G513 telah dilancarkan semalam lengkap dengan sokongan lampu LED Lightsync.

Logitech G513 hadir dalam dua pilihan suis iaitu Romer-G Tactile dan Romer-G Linear. Kemasan atas papan kekunci ini menggunakan logam aluminium 5052 bagi mengurangkan lenturan tubuh. Sebuah tempat meletakkan tangan turut disertakan bagi membuatkan proses menaip lebih selesa.  Seperti speaker Logitech G560 Lightsync , papan kekunci ini akan mula dijual pada bulan April dengan harga $149.99 (~RM 587) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Mekanikal Logitech G513 Dilancarkan Dilengkapi Lampu LED Untuk Pencahayaan Segerak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info