Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 6 Mungkin Hadir Dengan Skrin Takuk Dan Memori Sehingga 8GB RAM

Dengan pelancaran Oppo R15 tempoh hari, kini pelbagai desas-desus berkenaan dengan OnePlus 6 mula kedengaran. Seperti ramai sedia maklum, rekaan peranti OnePlus dan Oppo kadang-kala menyertakan elemen yang lebih kurang sama, tetapi menawarkan perbezaan dari segi harga dan juga sistem operasinya.

OnePlus 6

Mengikut desas-desus baru yang hadir ke arena web hari ini, ia dikatakan OnePlus 6 akan hadir dengan skrin 6.2-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Telefon pintar ini turut dijangka hadir menggunakan skrin dengan rekaan takuk, dwi-kamera belakang, dan turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas Dash Charge.

OnePlus 6

Seperti biasa, kita juga mungkin akan dapat melihat ia hadir dengan Oxygen OS yang mengekalkan pelbagai rekaan asas sistem operasi Android.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai OnePlus 6 ini dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 6 Mungkin Hadir Dengan Skrin Takuk Dan Memori Sehingga 8GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info