Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lelong Melancarkan Semula LMall – Mencabar Lazada, Shopee Dan Lain-Lain Dalam Arena E-Dagang

Lelong merupakan salah satu laman jual-beli terkemuka di Malaysia, membolehkan sesiapa sahaja membuka akaun dan menjual melaluinya. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas, malah jauh sebelum kemasukkan Lazada, Shopee, 11Street dan sebagainya.

Lelong sebelum ini turut telah bereksperimen dengan sebuah laman khusus yang menjual hanya barangan rasmi daripada sesuatu jenama, dinamakan Lmall. Namun, ia tidak menerima fokus yang tinggi oleh mereka.

Lmall

Lmall turut menjanjikan yang mana semua produk yang ditawarkan melalui platform mereka adalah barangan asli. Disamping itu, mereka menjanjikan pengalaman jual-beli yang lebih selamat berbanding platform-platform lain.

Hal ini berubah bermula hari ini. Lelong kini melancarkan semula Lmall dengan antaramuka baru, dan memudahkan lagi penemuaan pelbagai produk mengikut kategori. Mereka turut menyediakan beberapa promosi khusus LMall yang menawarkan sejumlah barangan pada harga diskaun.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman LMall hari ini dan melihat pelbagai penawaran yang disediakan oleh penjual disana.

Layari : LMall



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lelong Melancarkan Semula LMall – Mencabar Lazada, Shopee Dan Lain-Lain Dalam Arena E-Dagang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info