Satu demi satu laman yang membenarkan muat turun video serta MP3 dari laman penstriman seperti YouTube menemui ajal. Tahun lalu Laman Youtube-MP3 menghentikan operasi selepas disaman. Minggu ini tiba pula giliran laman serta program popular KeepVid. Laman kini tidak lagi menawarkan perkhidmatan memuat turun video. Sebaliknya ia mengajar pengguna tentang bahaya memuat turun serta memberikan alternatif menonton video secara sah seperti Netflix, Hulu dan Vimeo.
Apabila perisian KeepVid Pro digunakan pula, dialog amaran tentang kesalahan memuat turun video akan terpapar apabila fungsi Download digunakan. Seperti Youtube-MP3, laman ini nampaknya tidak lagi akan beroperasi seperti asalnya. KeepVid sudah wujud sejak 2005, sejurus selepas YouTube memulakan operasi pada tahun yang sama. Agak mengagumkan ia mampu beroperasi selama hampir 13 tahun walaupun menawarkan perkhidmatan yang melanggar undang-undang hak cipta intelek.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laman Dan Perisian KeepVid Sudah Tidak Lagi Beroperasi"