Jam tangan mewah berjenama Hublot popular di kalangan hartawan, putera raja, selebriti dan pemain bole sepak. Di dalam dunia yang semakin dipenuhi jam tangan pintar, Hublot akhirnya akur dengan trend pasaran dan melancarkan jam tangan pintar Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia.
Jam tangan pintar edisi khas ini menggunakan sistem operasi Google Wear OS dan dihasilkan sempena Piala Dunia 2018 di Rusia. Pengadil perlawanan di Piala Dunia kelak akan memakai Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia sebagai jam tangan rasmi. Versi untuk pengadil menyokong sistem notifikasi VAR apabila gol dijaringkan.
Jam tangan ini dilengkapi skrin 1.4″ AMOLED 400×400 pixel, dijana pemproses Intel Atom 334XX, kerangka titanium, kaca skrin nilam dan bateri sebesar 410 mAh. Ini ialah spesifikasi yang hampir sama dengan jam tangan pintar TAG Heuer Connected Modular 45 yang dilancarkan tahun lalu.
Versi jualan umum terhad kepada 2018 utas sahaja. Ia dilengkapi sistem notifikasi menunjukkan waktu perlawanan akan bermula serta setiap kali gol dijaringkan. Hublot Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia akan dijual pada harga $5200 (~RM 20,340) seutas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hublot Melancarkan Jam Tangan Pintar Wear OS Untuk Kegunaan Pengadil Piala Dunia 2018"