Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC U12 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 845, Dwi-Kamera Belakang

Jenama HTC merupakan salah satu jenama yang sering dibandingkan dengan Samsung sekitar sedekad yang lepas. Namun, dari hari ke hari, nama HTC semakin tenggelam. Tetapi sejak tahun lepas, mereka mula hadir dengan penawaran menarik, dan semestinya ramai yang menantikan pengenalan HTC U12 selepas syarikat berkenaan melalui pelbagai penstrukturan semula.

Kini, melalui info tertiris, HTC U12 dikatakan mungkin hadir sekitar bulan April kelak dengan pelbagai spesifikasi terkini.

HTC U12 dijangka menggunakan skrin 5.99-inci dengan paparan QHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 3420mAh.

Untuk rakaman gambar, ia mungkin dilengkapi kamera belakang gabungan sensor 12MP + 16MP, selain kamera hadapan 8 MP.

HTC turut dijangka menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan Project Treble, nyah-kunci peranti berasaskan wajah, serta sokongan kalis air.

Dengan ketirisan informasi berkaitan spesifikasi ini, kita mungkin akan dapat melihat gambar dan sebagainya turut tertiris dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U12 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 845, Dwi-Kamera Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info