Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GrayKey- Sebuah Lagi Perisian Yang Boleh Memintas Sistem Keselamatan iOS Dibangunkan

Minggu lalu kami melaporkan Cellebrite mengumumkan sistem terbaru mereka mampu memintas sistem keselamatan peranti-peranti yang menggunakan iOS 5 hingga iOS 11. Ini bermakna kandungan peranti terkini seperti iPhone X kini dapat diakses oleh pihak berkuasa sekiranya perlu malahan telah digunakan untuk mendakwa seorang suspek kes keganasan di Amerika Syarikat.

Hari ini sebuah lagi perisian mendakwa dapat memintas sisten keselamatan iOS. Perisian GrayKey ini dibangunkan oleh Grayshift yang mempunyai kakitangan yang pernah melakukan kerja untuk badan risikan Amerika Syarikat dan bekas jurutera sekuriti Apple.

GrayKey dijual pada harga bermula $15,000 (~RM 59,000) yang membenarkan pintasan sebanyak 300 kali. Untuk pintasan tanpa had, perisian boleh dibeli pada harga $30,000 (~RM 118,000). Tidak seperti Cellebrite, peranti tidak perlu dihantar kepada Grayshift untuk menggunakan GrayKey.

Berita baik di sini ialah kerana ia dijual kepada organisasi yang berminat, Apple boleh membeli perisian ini dan melakukan kejuruteraan balikan untuk menutup kerentanan yang digunakan bagi memintas sistem keselamatan iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GrayKey- Sebuah Lagi Perisian Yang Boleh Memintas Sistem Keselamatan iOS Dibangunkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info