Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan Routines Untuk Google Assistant

Routines ialah fungsi baru Google Assistant untuk memudahkan rutin harian pengguna. Menurut halaman sokongan mereka, Routines kini sedia digunakan dengan 6 rutin harian telah diperkenalkan iaitu pada waktu pagi, meninggalkan rumah, pergi ke kerja, pulang ke rumah, balik daripada kerja, dan sebelum tidur.

Routines ini boleh digunakan dengan memberi arahan suara melalui Google Assistant sama ada kepada pembesar suara pintar ataupun telefon pintar. Arahan suara yang perlu di beri adalah seperti di bawah:

Waktu Pagi

“Hey Google, Good Morning” dan Google Assistant akan mengawal tetapan lampu dalam rumah, pemberitahuan cuaca dan berita, notifikasi kalendar ataupun mainkan lagu.

Meninggalkan Rumah

“Hey Google, I’m leaving” dan Google Assistant akan mengawal gajet pintar dalam rumah seperti termostat.

Pergi Ke Kerja

“Hey Google, let’s go to work” dan navigasi untuk ke kerja akan diberikan oleh Google Assistant termasuk jangkaan masa tiba di lokasi.

Balik Dari Kerja

“Hey Google, let’s go home” dan navigasi ke rumah termasuk data trafik akan diberikan oleh Google Assistant.

Pulang Ke Rumah

“Hey Google, I’m home” dan notifikasi berasaskan lokasi dan kawalan-kawalan lain yang hampir sama.

Sebelum Tidur

“Hey Google, bedtime” dan Google Assistant akan memberi peringatan jadual esok hari, mengurangkan aras cahaya lampu atau terus mematikannya atau juga memainkan lagu untuk tidur yang lebih lena.

Namun begitu, ciri ini masih belum diedarkan kepada semua dan hanya beberapa pengguna terpilih sahaja terima fungsi ini. Buat masa ini, fungsi ini tidak boleh ditetapkan mengikut tetapan pengguna dan hanya boleh menggunakan tetapan asas Google.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan Routines Untuk Google Assistant"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info