Sembang Maniac

Sembang-sembang je

FaceDirector – Perisian “Auto Tune” Untuk Lakonan Dihasilkan Oleh Disney

Di dalam dunia audio terdapat perisian auto tune yang membolehkan tona dan nada suara diubah selepas dirakam. Ini membolehkan rakaman suara penyanyi yang kurang sempurna diperbaiki untuk kedengaran lebih lunak. Pada asalnya perisian ini digunakan hanya untuk melakukan pembetulan kecil tetapi kini disalahguna bagi membuatkan insan kurang berbakat untuk kedengaran seperti Siti Nurhaliza. Di Disney mereka berjaya menghasilkan perisian FaceDirector yang berfungsi seakan auto tune untuk mengubah lakonan pelakon tanpa melakukan pemotongan secara manual.

Facedirector-Disney-1

Kerap kali apabila babak dirakam, seorang pengarah akan mengarahkan pelakon supaya memberikan ekspresi muka yang berbeza. Sebagai contoh babak yang melibatkan seorang pelakon bercerita tentang putus cinta boleh dilakonkan dengan ekspresi muka sedih ataupun marah. Selepas lakonan difilemkan, pengarah akan memilih babak mana yang lebih sesuai digunakan untuk suntingan akhir filem. Dengan FaceDirector, babak dengan lakonan sedih dan marah boleh digabungkan tanpa disedari oleh penonton. Perisian ini memudahkan proses penghasilan filem dan mengurangkan kos kerana proses penggambaran semula (reshoot) tidak perlu dilakukan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "FaceDirector – Perisian “Auto Tune” Untuk Lakonan Dihasilkan Oleh Disney"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info