Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Malaysia Akan Melancarkan Yoga Book Dan Phab 2 Pro Pada 7 Disember

Lenovo pada tahun ini telah hadir dengan beberapa produk menarik mereka, termasuk antaranya adalah Lenovo Yoga Book dan juga telefon pintar berasaskan teknologi Tango dari Google, iaitu Lenovo Phab 2 Pro. Kini, Lenovo Malaysia menyasarkan untuk melancarkan kedua-dua poduk berkenaan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 7 Disember 2016.

Yoga Book_004

Lenovo Yoga Book merupakan komputer riba dari Lenovo yang hadir dengan menggunakan skrin sentuh dan juga papan kekunci sentuh dinamakan Halo Keyboard. Halo Keyboard ini boleh digunakan untuk menaip, dan pada masa yang sama diubah untuk digunakan bagi tujuan lakaran dengan mudah menggunakan sebuah stylus khusus untuknya.

Sementara, Lenovo Phab 2 Pro pula adalah telefon pintar bersaiz 6.4-inci dilengkapi cip Snapdragon 652, kamera 16-megapixel dibelakang, serta bateri berkapasiti 4050mAh. Apa yang menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan teknologi Tango daripada Google – membolehkan pengguna menggunakannya bersama-sama teknologi Augmented Reality.

Kedua-dua produk ini bakal dilancarkan pada 7 Disember ini, dan kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Malaysia Akan Melancarkan Yoga Book Dan Phab 2 Pro Pada 7 Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info