Google kini dikatakan akan mengambil-alih salah satu syarikat dengan kepakaran teknologi medan pencahayaan, sekaligus menawarkan pengalaman realiti-maya yang baik, iaitu Lytro.
Lytro pada awalnya ingin menggunakan teknologi medan pencahayaan untuk memudahkan anda menghasilkan gambar yang baik selepas merakamkan sesuatu gambar. Namun, pada 2015 lepas, mereka telah beralih memfokuskan kepada arena realiti-maya dalam kebolehan mengimplementasi teknologi medan pencahayaan pada hasil rakaman.
Dengan pengambil-alihan Lytro ini, ia akan terus mengukuhkan kedudukan Google dalam arena realiti-maya. Seperti ramai sedia maklum, menggunakan gambar yang pegun akan memberikan ketidak-selesaan dalam arena realiti-maya, dan dengan menggunakan teknologi ini, ia akan menghasilkan paparan yang lebih selesa pada mata pengguna.
Google dilaporkan akan mengambil-alih Lytro pada nilai mencapai $40 juta. Buat masa ini, tiada sebarang komen dikeluarkan oleh Google dan Lytro berkenaan dengan desas-desus pengambil-alihan ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Akan Mengambil-Alih Lytro – Syarikat Dengan Kepakaran Teknologi Medan Pencahayaan"