Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Essential Mempunyai Paten Untuk Sistem Kamera Seakan Periskop Vivo Apex

Antara peranti paling menarik yang diperlihatkan di MWC ialah Vivo Apex. Peranti ini mempunyai peratusan permukaan skrin terbesar serta pengimbas cap jari terbina pada skrin. Bagi membolehkan rekaan ini digunakan, sistem kamera yang naik ke atas seperti periskop kapal selam telah digunakan.

Ini ialah rekaan yang unik tetapi tahukah anda rekaan ini telahpun dipatenkan terlebih dahulu oleh Essential. Pengasas Essential Andy Rubin disoal di Twitter mengenai rekaan Vivo Apex dan beliau membalas dengan memberikan pautan kepada paten yang dipegang syarikat beliau. Ia dipatenkan pada Mei 2016 dan rekaannya sama seperti yang ditemui pada Vivo Apex.

Vivo tidak menjual peranti mereka di Amerika Syarikat. Jika Vivo Apex dilancarkan, mungkin tidak timbul saman menyaman penyalahgunaan paten oleh Vivo difailkan oleh Essential.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Essential Mempunyai Paten Untuk Sistem Kamera Seakan Periskop Vivo Apex"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info