Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(April Fool) Google Maps Menambah Permainan-Mini, Where’s Waldo?

Setiap tahun, pelbagai syarikat teknologi menyambut tarikh 1 April dengan pelbagai jenaka kreatif. Kini, memulakannya pada tahun ini adalah Google, melalui integrasi permainan-mini pada Google Maps.

Permainan dinamakan Where’s Waldo? ini ditawarkan melalui Google Maps untuk Android, iOS dan juga web. Pengguna akan dapat melihat sebuah watak khusus dipaparkan apabila anda mengakses Google Maps hari ini, dan anda boleh memulakan permainan-mini dengan tap pada watak berkenaan.

Melaluinya, anda akan perlu mencari beberapa watak disesuatu lokasi rawak di Google Maps. Pengguna boleh memainkan permainan-mini ini, dan pada masa yang sama turut melihat pelbagai lokasi baru diserata dunia.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Google Maps hari ini, dan memainkannya sendiri. Google menawarkan permainan ini untuk tempoh seminggu dari hari ini.

Layari : Google Maps



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(April Fool) Google Maps Menambah Permainan-Mini, Where’s Waldo?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info