Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone “Boleh-Lipat” Dalam Beberapa Tahun Lagi

Apple melalui iPhone X telah memperkenalkan rekaan peranti baru yang menggunakan skrin bertakuk, dan rekaan nirbingkai. Kini, menurut laporan awal CNBC memetik penganalisa di Amerika Syarikat, Apple bersama rakan kerjasama di Asia sedang dalam proses membangunkan rekaan telefon boleh-lipat.

Telefon dengan rekaan boleh-lipat ini dikatakan mungkin hadir seawal 2020 kelak – iaitu sekitar dua tahun lagi.

Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan melihat sebuah “iPad” yang boleh dilipat dua menjadi “iPhone”.

Selain daripada Apple, sebelum ini Lenovo telah memperlihatkan prototaip mereka, selain Samsung turut dijangka hadir dengan rekaan peranti seumpama berkenaan seawal penghujung tahun ini atau awal 2019 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone “Boleh-Lipat” Dalam Beberapa Tahun Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info