Pemilik syarikat penerbangan kos rendah AirAsia, Tony Fernandes dilaporkan bahawa beliau sedang meneroka kemungkinan untuk hadir dengan kriptowang AirAsia sendiri.
TechCrunch melaporkan bahawa sewaktu Tony Fernandes berada di acara Money2020, beliau memberitahu mereka bahawa AirAsia sedang meneroka kemungkinan untuk hadir dengan kriptowang dan ICO (Initial Coin Offering) yang boleh digunakan oleh para pelanggan AirAsia melalui program kesetiaan BIG Loyalty mereka.
Menurut Tony Fernandes, dengan program BIG Loyalty yang sedia ada, AirAsia mampu memindahkan mata ganjaran BigPoints ke rantaian blok dan menggunakan mata-mata tersebut sebagai kriptowang yang para pelanggan AirAsia boleh gunakan untuk membeli tiket penerbangan ataupun barang-barangan di kedai atas talian AirAsia.
Dalam pada itu, Tony Fernandes juga menyatakan bahawa AirAsia sedang membina sebuah sistem pembayaran mereka sendiri untuk program Big Loyalty mereka, dan ini diantara salah satu daripad pelan beliau untuk memasuki arena perkhidmatan kewangan untuk mengembangkan lagi portfolio syarikat AirAsia.
Akan tetapi, Tony Fernandes tidak memberi sebarang butiran mengenai bilakah AirAsia akan hadir dengan ICO ini dan memasuki arena kriptowang ini.
AirAsia mungkin akan menyiapkan sistem pembayaran nirtunai mereka terlebih dahulu untuk memudahkan para pelanggan AirAsia untuk membeli buah tangan didalam kapal terbang sebelum mereka hadir dengan kriptowang ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AirAsia Dijangka Hadir Dengan Kriptowang Tersendiri – Mungkin Akan Diintegrasi Dengan Program Kesetiaan BIG Loyalty"