Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Wiko View 2 | View 2 Pro Diumumkan – Dengan Dwi-Kamera, Face Unlock, Dan Takuk pada Skrin

Sebelum Wiko hadir ke Malaysia, jenama dari Perancis ini kerap tampil ke acara Mobile World Congress dan mempamerkan peranti terkini. Pada hari ini, mereka telah mengumumkn peranti terbaru mereka yang berada dalam siri View iaitu Wiko View 2.

Jika pada tahun lalu Wiko telah menawarkan siri View pada pilihan View Go, View Lite dan View Max, tahun ini View 2 hadir dengan dua variasi iaitu View 2 & View 2 Pro. Siri View merupakan siri yang memfokuskan terhadap paparan skrin yang besar, dan meletakkannya sebagai flagship.

Menariknya, ia turut menampilkan rekaan yang hampir sama dengan iPhone X dari segi reka letak kamera, takuk kamera pada skrin hadapan dan turut menyertakan fungsi nyahkunci berasaskan imbasan muka.

Dari segi spesifikasi, Wiko View 2 hadir dengan kamera selfie 16MP, kamera utama 13MP, cip pemprosesan 1.4Ghz lapan teras, kapasiti storan 32GB dan RAM sebesar 3GB.

Manakala Wiko View 2 Pro pula membawakan perbezaan dari segi dwi-kamera utama 16MP dibahagian belakang, dan juga kapasiti storan 64GB serta 4GB RAM.

Peranti ini akan memasuki pasaran antarabangsa seawal bulan April dan memandangkan Wiko sentiasa hadir seawal yang mungkin ke pasaran Malaysia, tidak mustahil jika peranti ini akan hadir pada suku kedua tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wiko View 2 | View 2 Pro Diumumkan – Dengan Dwi-Kamera, Face Unlock, Dan Takuk pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info