Pada awal minggu ini, kita telah melihat iFlix mengumumkan akan menawarkan penstriman secara langsung untuk sejumlah perlawanan bola sepak tempatan. Kini, selain iFlix, pihak Telekom Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan menyiarkan secara langsung pelbagai siaran perlawanan bola sepak tempatan.
Menurut TM, Unifi TV akan menawarkan siaran Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA, dan Liga Premier. Selain pada kaca televisyen, pengguna juga turut boleh menontonnya melalui aplikasi mudah-alih Unifi PlayTV di Android dan iOS.
Menariknya adalah Unifi adalah penaja utama untuk Liga Super dan Piala Malaysia sehingga tahun 2025 kelak – sekaligus menamakan liga berkenaan sebagai unifi Liga Super Malaysia dan juga unifi Piala Malaysia.
Bagi anda yang mempunyai langganan Unifi TV, anda boleh menikmati siaran bola sepak secara langsung ini dengan mudah bermula daripada hujung minggu ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Unifi TV Akan Menyiarkan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA Dan Liga Premier"