Twitter hari ini telah mengumumkan penyata kewangan tahunan mereka, dan turut berkongsi beberapa data semasa. Menurut Twitter, kini mereka mempunyai sekitar 330 juta pengguna aktif bulanan pada peringkat global.
Angka ini adalah sama seperti suku tahun ketiga 2017, dan tiada sebarang perubahan daripada jumlah pengguna keseluruhan. Pada masa yang sama, Twitter turut mengumumkan yang mana mereka akhirnya telah menjana keuntungan pada suku tahun lepas.
Twitter pada tahun lepas sahaja telah memperkenalkan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka, termasuk penawaran Twitter Lite, dan juga yang paling drastik adalah menawarkan kebolehan perkongsian sehingga 280-aksara melalui perkhidmatan mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Kini Mempunyai Lebih 330 Juta Pengguna Aktif Bulanan"