Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelayar Web Vivaldi Kini Memasuki Fasa Beta

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web alternatif yang telah diperkenalkan pada awal tahun 2015 ini. Ia hadir daripada bekas pengasas Opera, serta membawakan antaramuka yang menarik untuk pengguna.

Terkini, selepas melalui pelbagai fasa beta, pembangun Vivaldi membawa pelayar web berkenaan untuk memasuki fasa seterusnya – iaitu Beta.

Vivaldi Beta

Seperti versi sebelumnya, ia berasaskan kepada enjin Chromium yang digunakan pada Google Chrome dan juga Opera baru. Bagi anda yang tertanya mengapa pelayar web ini dibangunkan, pembangunnya mengatakan ingin membawakan pelbagai fungsi moden pada pelayar web ini – disamping menyertakan pelbagai fungsi daripada pelayar web Opera lama yang tidak hadir pada Opera baru ini.

Vivaldi juga membawakan lebi kawalan pengubahan kepada pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh memposisikan kedudukan tab mengikut kesesuaian mereka – sama ada atas, bawah kiri atau kanan. Tema berwarna gelap juga turut disertakan pada pelayar web Vivaldi ini.

Bagi anda yang ingin mencuba pelayar web alternatif selain Chrome, Opera dan Firefox, mungkin anda boleh mencuba pelayar web Vivaldi dalam bentuk beta hari ini.

Muat-Turun Vivaldi Beta


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pelayar Web Vivaldi Kini Memasuki Fasa Beta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info