Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Memastikan Pengalaman Penggunaan Yang Baik Sebelum Melancarkan Galaxy X

Galaxy X merupakan salah satu peranti yang diperkatakan sejak beberapa tahun lepas, dimana melaluinya Samsung dijangka menawarkan sebuah telefon pintar dengan menggunakan rekaan skrin boleh-lipat.

Desas-desus Galaxy X semakin hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan beberapa laporan turut telah hadir mengatakan Samsung mungkin memulakan pengeluaran untuk Galaxy X sekitar penghujung tahun ini, untuk dipasarkan pada awal tahun kelak.

Bercakap mengenainya pada acara pelancaran Galaxy S9 hari ini, DJ Koh mengatakan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy X bila mana mereka benar-benar yakin dengan pengalaman penggunaan yang bakal ditawarkan oleh produk kategori baru ini.

Samsung Galaxy X

Untuk makluman, Samsung sebelum ini telah mempopularkan beberapa kategori peranti baru, termasuk phablet dan penggunaan peranti dengan rekaan nirbingkai.

Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, ia membuatkan pelbagai pengeluar mengejar keunikkan mereka tersendiri. Selepas populariti nirbingkai yang kini menjadi fokus ramai pengeluar, ia dilihat kita mungkin akan melihat beberapa pengeluar turut menawarkan rekaan peranti dengan skrin boleh-lipat.

Selain Samsung, beberapa pihak lain yang turut melihat kepada peranti boleh-lipat adalah termasuk Microsoft dan juga Lenovo.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Memastikan Pengalaman Penggunaan Yang Baik Sebelum Melancarkan Galaxy X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info