Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Berkualiti Tinggi Pada Tahun Ini

Apple sebelum ini sedia dilaporkan sedang mempersiapkan fon telinga AirPod generasi baru untuk diperkenalkan tahun ini dengan sokongan “Hey Siri”. Kini, selain daripada itu, laporan baru mengatakan yang mana Apple turut mungkin akan hadir dengan sebuah fon kepala dengan penawaran kualiti audio tinggi pada tahun ini.

Apple sedia memiliki syarikat pengeluar fon kepala Beats, dan memperkenalkan sebuah fon kepala baru adalah mudah bagi mereka.

Ia dikatakan yang mana fon kepala baru ini akan sedikit mahal berbanding dengan AirPod. Disamping itu, fon kepala ini dikatakan mungkin diperkenalkan pada suku ke-4 2018 ini.

Buat masa ini, laporan ini hadir daripada penganalisa, dan masih tiada komen rasmi Apple berkaitan dengannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Berkualiti Tinggi Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info