Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemilik Apple HomePod Melaporkan Masalah Sambungan Dan Mengotorkan Permukaan Kayu

Apple HomePod ialah percubaan sulung Cupertino untuk menghasilkan speaker pintar. Setakat ini banyak ulasan memuji kualiti audio yang padu walaupun saiznya yang kecil. Tetapi beberapa masalah mula dilaporkan oleh pengguna.

Menurut laporan MacRumor, pengguna mengadu mengalami masalah ia gagal disambungkan kepada peranti. Peranti akan memaparkan “Setup Error (-6722)” apabila ini berlaku.  Ini menyebabkan ia langsung tidak boleh digunakan. Tidak seperti pembesar suara biasa, HomePod hanya menyokong sambungan AirPlay dan tiada sokongan tambatan Bluetooth serta input analog menerusi bicu audio.

Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah menetapkan semula HomeKit, melakukan tetapan beberapa kali serta akhir sekali mematikan  dan menghidupkan semula WiFi rumah. Kesemua penyelesaian ini menyukarkan pengguna yang mengharapkan sambungan berlaku dengan pantas seperti AirPods yang dijanjikan oleh Apple.

Pada waktu yang sama pengguna yang meletakkan HomePod pada permukaan kayu turut melaporkan masalah kotoran. Kotoran berminyak berbentuk bulat terbentuk di permukaan kayu di mana HomePod diletakkan. Menurut Apple ini adalah kerana kaki silikon pada bahagian bawah speaker merembeskan minyak yang diserap permukaan kayu.

Kotoran ini akan hilang dalam masa beberapa hari dan mereka mengesyorkan pengguna meletakkan pelapik di bawah HomePod bagi mengelakkan kotoran dari berulang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemilik Apple HomePod Melaporkan Masalah Sambungan Dan Mengotorkan Permukaan Kayu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info