Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NDRC Dan Samsung Bakal Menandatangani Memorandum Untuk Menstabilkan Harga DRAM

Terdapat beberapa masalah yang kini sedang membelenggu para pembina komputer hari ini. Diantaranya termasuklah kerentanan sekuriti pada CPU komputer, kekurangan kad grafik di pasaran dan juga harga memori DDR3 dan DDR4 yang semakin mahal.

Harga DRAM (Dynamic Random Access Memory) dilihat naik secara mendadak selama beberapa tahun, menjadikan RAM komputer diantara komponen yang termahal untuk dibeli walaupun dibandingkan dengan papan induk dan kad grafik sekarang. Nampaknya beberapa langkah sedang diambil untuk menstabilkan harga komponen-komponen tersebut.

National Development and Reform Commission (NDRC), sebuah agensi pengurusan makroekonomi dari China dan Samsung dikatakan bakal menandatangani sebuah memorandum persefahaman bersama untuk meningkatkan pengeluaran DRAM di kilang-kilang China, dan secara langsung, membuatkannya lebih murah.

China merupakan pengimport nombor satu komponen DRAM di dunia, dan kebarangkalian besar bahawa NDRC mahu Samsung menandatangani memorandum ini untuk memudahkan syarikat-syarikat elektronik China untuk mendapatkan akses kepada DRAM yang lebih murah dengan lebih cepat.

Harga tinggi DRAM boleh dikaitkan kepada syarikat-syarikat yang mengawal pengeluarannya, dan dengan persefahaman ini, diharap harga RAM bakal menjadi lebih rendah dan stabil tidak lama lagi apabila memorandum tersebut dimeterai.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NDRC Dan Samsung Bakal Menandatangani Memorandum Untuk Menstabilkan Harga DRAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info