Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Akan Melancarkan Peranti 5G Seawal Penghujung Tahun Ini

5GPerkhidmatan rangkaian 4G mula ditawarkan di Malaysia oleh Maxis pada tahun 2013. Lima tahun sudah berlalu dan kini kita sedang menantikan pula kemunculan rangkaian 5G. ZTE bersedia untuk kemunculan perkhidmatan selular generasi ke-lima ini. Menurut laporan Bloomberg, ZTE mengesahkan mereka akan melancarkan peranti pertama yang menyokong 5G seawal penghujung tahun ini atau awal 2019.

Pengumuman kewujudan peranti ini dilakukan amat awal walaupun masih banyak syarikat telekomunikasi yang belum bersedia untuk melancarkan rangkaian 5G. Di Malaysia hanya Celcom telah melakukan ujian 5G pada Mei tahun lalu. Dengan 5G kelajuan internet selular bukan sahaja semakin pantas tetapi akan bakal memperkasakan peranti berhubung.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Akan Melancarkan Peranti 5G Seawal Penghujung Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info