Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Aquabolt – Memori HBM2 Terpantas Di Pasaran

Disamping membuat peranti-peranti elektronik yang cukup terkenal sekali, Samsung juga sebuah syarikat yang membina komponen-komponen mereka sendiri yang digunakan didalam peranti-peranti tersebut, seperti cip storan, memori dan sebagainya.

Terkini, Samsung dikatakan baru sahaja mengumumkan Aquabolt, cip HBM2 generasi  kedua mereka yang hadir dengan saiz memori 8GB dan juga kadar penghantaran data selaju 2.4Gbps pada setiap pin yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi sistem supercomputer dan juga kad grafik.

Menurut kertas kerja Samsung, cip Aquabolt ini lebih laju daripada cip HBM2 generrasi pertama mereka, Flarebolt yang hadir pada kelajuan 1.6Gbps dan 2.0Gbps sebelum ini. Menurut Samsung lagi, sebuah cip memori 8GB Aquabolt mampu menghantar data selaju 307GB/s.

Samsung juga menyatakan bahawa mereka telahpun mula mengilangkan cip memori HBM2 ini untuk pasaran dunia. Buat masa ini, Samsung masih belum menyatakan bilakah syarikat-syarikat pembina grafik boleh mula menggunakan memori HBM2 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Aquabolt – Memori HBM2 Terpantas Di Pasaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info