Tahun lalu sistem imbasan cap jari terbina pada skrin diperlihatkan dalam bentuk prototaip yang masih belum sedia digunakan secara meluas. Di CES pagi ini, Vivo akhirnya mengumumkan mereka telah menghasilkan sistem imbasan Vivo In-Display Fingerprint Scanning Technology yang sudah sedia digunakan pada peranti sebenar.
Vivo In-Display Fingerprint Scanning Technology ini menggunakan pengimbas Clear ID FS9500 yang diumumkan oleh Synaptics sebelum ini. Pengimbas cap jari diletakkan di bawah lapisan skrin OLED dan sekaligus menyelesaikan masalah tiadanya ruang untuk pengimbas cap jari di hadapan peranti kerana penggunaan rekaan skrin nirbingkai. Kewujudan teknologi ini pasti menggembirakan pengguna yang masih merasakan imbasan cap jari di bahagian hadapan adalah lebih baik dari di belakang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo Memperlihatkan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Pertama Di Dunia"