Tenaga Nasional sedia menawarkan aplikasi mudah-alih untuk Android dan iPhone sejak 2013 yang lepas, dimana menggunakannya ia memudahkan lagi pengguna memantau bil elektrik, dan mengetahui jumlah yang perlu dibayar.
Terkini, Tenaga Nasional dilihat sedang menguji sebuah lagi aplikasi baru untuk Android dan iPhone – yang mana berkemungkinan menggantikan versi lama pada masa akan datang.
Aplikasi baru ini masih kekal menggunakan nama myTNB, tetapi hadir dengan rekaan yang lebih moden, selain memudahkan anda melihat pelbagai penggunaan anda daripada halaman utamanya.
Pengguna juga turut boleh membandingkan penggunaan dengan bulan sebelumnya, selain turut mengintegrasikan kad kredit untuk pembayaran serta-merta dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi myTNB yang baharu ini, dan memudahkan lagi pengurusan dan pemantauan tenaga elektrik anda.
Muat-Turun myTNB untuk Android
Muat-Turun myTNB untuk iPhone
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tenaga Nasional Menguji Aplikasi MyTNB Baru Dengan Rekaan Moden Dan Integrasi Pembayaran"