Samsung hari ini telah mengambil pentas utama pada acara tahunan CES 2018, dimana sejumlah produk baru telah dilancarkan oleh mereka, termasuk sebuah peti sejuk pintar yang kini hadir dengan integrasi pembantu digital maya Bixby.
Seperti ramai sedia maklum, Samsung telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan mula mengintegrasikan Bixby pada pelbagai peralatan elektronik mereka, termasuk peti sejuk. Melalui apa yang dipaparkan, Samsung menyertakan pembantu Bixby ini melalui Family Hub.
Dengan integrasi Bixby dan Family Hub, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan berhubung dengan mudah – dan pada masa yang sama mengawal rumah pintar terus melaluinya.
Selain Bixby, Samsung juga turut menambah sokongan audio AKG Premium Quality Sound Speaker melaluinya untuk menawarkan kualiti bunyi yang baik untuk dinikmati pada ruang tamu.
Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan harga jualan untuk peti sejuk baru yang hadir dengan Family Hub yang dikemaskini ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Peti Sejuk Pintar Dengan Integrasi Bixby Dan Sokongan Audio AKG"