Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S9 Tidak Akan Dilengkapi Sistem Pengecasan Yang Lebih Pantas Berbanding Galaxy S8

Peningkatan terhadap spesifikasi harus dilakukan apabila peranti lebih baru dilancarkan. Pemproses dan kamera adalah dua komponen peranti yang biasanya diutamakan. Sistem pengecasan pantas pula bergantung kepada pemproses yang digunakan. Pada Galaxy S9, nampaknya Samsung nampaknya tidak akan memperkenalkan sistem pengecasan yang lebih pantas berbanding yang digunakan pada Galaxy S8.

Dua model Samsung Galaxy S9 untuk pasaran China dan satu untuk pasaran Taiwan telah diuji oleh badan pensijilan 3C. Spesifikasi sistem pengecasan pada ketiga-tiga model boleh dilihat menyokong format pengecasan 5V/2A (10W) dan 9V/1.67A (15W). Ini ialah format pengecasan Adaptive Fast Charging yang telah digunakan sejak dua tahun yang lalu.

Ini menjadikannya lebih perlahan jika dibandingkan dengan QuickCharge 3.0 (18 W) dan QuickCharge 4.0+ (27W). Peranti Galaxy S9 di China menggunakan pemproses Snapdragon 845 dan pemproses ini menyokong pengecasan QuickCharge 4.0+.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S9 Tidak Akan Dilengkapi Sistem Pengecasan Yang Lebih Pantas Berbanding Galaxy S8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info