Perkhidmatan Samsung Cloud membolehkan pengguna melakukan salinan pendua peranti kandungan peranti Samsung mereka. Selama ini ia membenarkan salinan pendua keseluruhan peranti tetapi bermula 6 Februari ini perubahan akan dilakukan.
Pengguna Samsung Cloud mula menerima emel tentang perubahan terma dan syarat perkhidmatan ini. Pada tarikh tersebut salinan pendua tetapan untuk aplikasi pihak ketiga tidak lagi akan disokong. Kini ia hanya menyimpan salinan pendua tetapan skrin perumah, senarai aplikasi yang dimuat turun, senarai alamat, kalendar, Samsung Notes, gambar, video, muzik dan Documents sahaja.
Kesemua salinan pendua yang dilakukan sebelum perubahan terma dan syarat ini akan dipadam oleh pihak Samsung dari storan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Cloud Tidak Lagi Melakukan Salinan Pendua Untuk Aplikasi Pihak Ketiga Bermula 6 Februari"