Razer Phone merupakan salah satu telefon pintar berspesifikasi rendah dan ditujukan kepada pencinta permua yang telah dikeluarkan oleh jenama terkemuka Razer. Ia telah dilancarkan pada November 2017 lepas, tetapi sehingga kini masih tiada berita mengenai penawaran rasminya untuk pasaran tempatan.
Namun, perkara berkenaan tidak menghentikan beberapa penjual mengimport dan menjual set import berkenaan di Malaysia.
Terkini, salah satu penjual turut menawarkan Razer Phone ini pada harga kurang RM3,000, iaitu pada harga RM2929.
Razer Phone hadir dengan skrin 5.7-inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz, menggunakan cip Snapdragon 835, memori 8GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.
Untuk sistem operasi, ia hadir dengan Android 7.1.1 dan menjalankan pelancar Nova Launcher Prime.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak penawaran Razer Phone ini hari ini di Lazada oleh G Store.
Beli : Razer Phone di Lazada
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Razer Phone Dengan 8GB RAM Dan Skrin 120Hz Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Kurang RM3k"