Terdapat pelbagai penawaran hab penyesuai berbeza dipasaran pada hari ini, dan pada CES 2018, pihak Kingston turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan hab penyesuai mereka tersendiri – yang mana dilihat lebih ditujukan untuk pengguna Macbook.
Dinamakan Nucleum, ia menawarkan integrasi 7 penyesuai tambahan melalui hab yang dihubungkan ke komputer melalui USB-C. Menggunakannya, pengguna akan dapat akses untuk sambungan USB-C bagi pengecasan, USB-C bagi pemindahan data, USB-A, HDMI, SD dan juga mikro-SD.
Kingston akan memasarkan ia di beberapa negara sekitar Asia Pasifik bermula suku pertama 2018 ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kingston Memperkenalkan Hab Penyesuai Berasaskan USB-C Untuk MacBook"