Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Memulakan Program Gantian Bateri Melibatkan Sejumlah Komputer Riba

HP, kini telah memulakan program tukar-ganti bateri pada sejumlah komputer riba kerana bateri berkenaan mempunyai bahaya boleh menjadi terlebih panas dan membawa bahaya kepada pengguna.

Bateri yang terkesan dengan masalah ini dikatakan disertakan pada beberapa komputer riba yang dijual antara Disember 2015 ke Disember 2017 lepas, termasuk HP ProBook 64x (G2 dan G3), HP ProBook 65x (G2 dan G3), HP x360 310 G2, HP Envy m6, HP Pavilion x360, dan juga HP 11, HP ZBook (17 G3, 17 G4 dan Studio G3).

HP mengatakan mereka menawarkan gantian bateri untuk komputer riba berkenaan secara percuma kepada pengguna. HP menekankan yang mana bukan semua bateri pada komputer riba berkenaan yang terkesan dibawah program gantian ini, dan hanya sebahagian sahaja.

Untuk menyemak sama ada komputer riba anda terkesan atau tidak, anda boleh memuat-turun perisian khusus HP Battery Validation Utility, dan menyemaknya hari ini. Sekiranya terkesan, anda digalakkan meletakkan komputer anda dibawah Battery Safety Mode dan menggantikan bateri pada komputer anda.

Muat-turun Perisian Battery Validation Utility



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Memulakan Program Gantian Bateri Melibatkan Sejumlah Komputer Riba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info