Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mungkin Membawa Ciri “Smart Reply” Ke Papan Kekunci GBoard

Google sebelum ini telah memperkenalkan ciri “Smart Reply” pada aplikasi klien emel Google Inbox dan GMail, yang mana membolehkan anda membalas emel dengan pantas dengan sokongan pembelajaran pintar – sekaligus memaparkan teks balasan yang sesuai dengan konteks emel dan sebagainya.

Kini, melalui versi terbaru aplikasi papan kekunci daripada Google, iaitu Gboard, ia memperlihatkan penyertaan beberapa kod yang menandakan Google mungkin menambah sokongan Smart Replies melaluinya.

Ia dikatakan berkemungkinan masih memerlukan sokongan integrasi kod khusus daripada Google pada aplikasi (seperti Messenger, WhatsApp dan sebagainya) – untuk mengaktifkan ciri Smart Replies ini.

GMail Smart Reply

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi rancangan Google berkaitan dengannya, dan tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat integrasi Smart Replies ini pada Gboard.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Mungkin Membawa Ciri “Smart Reply” Ke Papan Kekunci GBoard"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info