Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dijangka Memperkenalkan Peranti Memfokuskan Panggilan Video Dinamakan “Portal”

Facebook sehingga ke hari ini dikenali kerana penawaran perkhidmatan laman sosial, dan lebih dilihat ramai sebagai sebuah syarikat memfokuskan “perisian”. Walaubagaimanapun, gergasi laman sosial berkenaan dijangka membuat perubahan dan memperkenalkan sebuah peranti memfokuskan pengguna dinamakan “Portal“.

Melalui Portal, Facebook ingin memudahkan ahli keluarga dan rakan-rakan kekal berhubung dan berkomunikasi melalui sokongan panggilan video dan beberapa ciri yang lain.

Facebook dikatakan bakal memperkenalkannya sekitar awal Mei kelak, dan akan memasarkannya dibeberapa negara bermula pertengahan kedua 2018 kelak.

Selain panggilan video, Portal juga dikatakan akan membolehkan anda strim kandungan video melaluinya – termasuk kandungan luar daripada Netflix dan Spotify.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Dijangka Memperkenalkan Peranti Memfokuskan Panggilan Video Dinamakan “Portal”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info