Selepas laporan mengenai kerentanan baru yang dinamakan Meltdown & Spectre yang terdapat pada pelbagai cip pemprosesan moden – termasuk daripada Intel, AMD dan ARM; hari ini Apple mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Apple mengatakan yang mana semua peranti Mac dan iOS terkesan dengan kerentanan berkenaan.
Apple mengatakan mereka telah menyertakan kemaskini untuk mengatasi beberapa kerentanan berkenaan melalui kemaskini iOS 11.2, macOS 10.13.2, dan juga tvOS 11.2. Apple Watch dikatakan tidak terkesan dengan kerentanan ini. Disamping itu, Apple turut mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk pelayar web Safari bagi menawarkan perlindungan tambahan untuk kerentanan yang memberikan impak terhadap pelbagai peranti diluar sana.
Apple turut menekankan yang mana tiada peranti yang dilaporkan telah digodam atau diceroboh sesiapa disebabkan kerentanan ini buat masa ini. Disamping itu, Apple mengalakkan pengguna hanya memasang perisian daripada AppStore atau Mac AppStore untuk elak terpasang sebarang aplikasi berbahaya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengesahkan Semua Peranti iOS Dan Mac Terkesan Dengan Kerentanan Meltdown & Spectre"