Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD Tidak Akan Memperbaiki Masalah Kerentanan Perisian Adrenalin Untuk Permainan Komputer Yang Menggunakan DX9

Sempena tahun baru 2018, AMD baru-baru ini hadir dengan perisian Radeon Software Adrenalin Edition yang mempunyai kemaskini yang mengoptimasikan permainan-permainan komputer terbaru.

Sayang sekali, perisian terbaru ini nampaknya memberi kesan yang agak negatif kepada permainan-permainan komputer yang lama, terutama sekali permainan komputer yang menggunakan API DirectX 9.

Menurut AMD melalui sebuah jawapan di forum bantuannya, kebarangkalian syarikat tersebut memperbaiki kerentanan DirectX 9 ini adalah agak rendah kerana api DirectX 9 ini sudahpun ketinggalan zaman, dan pada masa ini, AMD tidak boleh mengarah pekerja mereka untuk memperbetulkan masalah ini kerana mereka sedang sibuk dengan projek-projek lain.

Diantara tajuk-tajuk permainan komputer yang terkesan oleh kerentanan ini ialah siri Command & Conquer termasuklah Tiberian Wars, Kane’s Wrath, Red Alert 3, siri Battle For Middle Earth 1 dan 2, dan juga The Witcher Enhanced Edition.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Tidak Akan Memperbaiki Masalah Kerentanan Perisian Adrenalin Untuk Permainan Komputer Yang Menggunakan DX9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info